Sabtu, 17 November 2012

Pendahuluan Pujangga.


Kata Kata Yang Infiniti penuh motivasi bagi hidup, Kali ini penulis akan membahas tentang kata kata mutiara yangbermotivasi  bagi hidup,dan penulis membuat artikel sederhana ini bukan untuk sekadar  bacaan saja, melainkan penulis membuat artikel ini untuk sebuah pelajaran khususnya untuk sebagai penulis umumnya untuk para pembaca semuanya. Pengumpulan ayat-ayat motivasi ini adalah bertujuan untuk membolehkan semua pembaca mendapatkan manfaat dari sudut pembaharuan rohani. Semangat yang ada bukan sahaja didoronggi oleh alam sekeliling tetapi juga hadir melalui semangat dalaman yang disebut sebagai motivasi. Pandangan penulis motivasi ini umumnya dimaksudkan sebagai suatu tindakan yang betul berdasarkan atas dasar kemahuan dan kesungguhan seseorang yang ingin mencapai sesuatu matlamat dalam hidup. Motivasi ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu moitivasi dalaman dan motivasi luaran.
Motivasi dalaman merupakan suatu semangat spiritual yang cuba dibangkitkan oleh seseorang berdasarkan keinginan yang amat kuat terhadap sesuatu. Oleh sebab itu motivasi dalaman ini akan wujud sekiranya ada matlamat yang cukup jelas dengan apa yang diinginkan. Matlamat yang cukup jelas inilah akan menyusun satu persatu tentang tentang tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang. Motivasi peringkat dalaman ini juga memerlukan panduan yang jelas dan teratur serta berterusan dalam sepanjang kehidupan, namun ada yang gagal mempertahankan semangat dalaman ini apabila terdapat unsur gangguan luar yang sementara. Unsur gangguan ini boleh melibatkan kegembiraan yang sementara seperti menyewa kenderaan mewah untuk bersiar-siar. Keutuhan dan kesungguhan untuk mengekalkan semangat dalaman sebagai pegagan motivasi dalaman adalah penting bagi melicinkankan perjalanan matlamat. Oleh itu carilah semangat anda supaya ia tidak diibaratkantengelam timbul sahaja.
Motivasi Luaran pula boleh dikaitkan dengan dorongan dari peringkat motivasi dalaman dan dorongan  alam sekeliling. Motivasi Luaran ini boleh dihubungkan bagaimana seseorang itu yang telah menetapkan matlamat dari peringkat dalaman dan kekal ke peringkat motivasi luaran. Dorongan dan kekuatan kendiri adalah penting. semangat yang berkobar-kobar dengan niat dan matlamat yang jelas adalah penting supaya perancangan yang dibuat untuk keselesaan impian tercapai. Usaha mencari dan tindakan serta tingkah laku adalah aspek yang perlu dijaga supaya sejajar dengan pegangan sebagai panduan dalam hidup.
Motivasi kedua-kedua ini memerlukan perinsip atau pegangan dalam kehidupan. Perinsip adalah syarat untuk mengekalkan semangat dalam tindakan yang bakal dilakukan. Pengunaan perinsip atau pegangan ini sangat membantu dalam meluaskan lagi matlamat serta rangkuman tindakan yang bakal dilakukan kemudian hari. 

Sekian sahaja daripada penulis tentang motivasi infiniti ini. semoga bermanfaat dalam kehidupan seharian. Setiap tahun, bulan dan jam manusia memerlukan motivasi yang dapat dimanfaati supaya hidup dalam keselesaan dapat di capai.