Kata
Kata Yang Infiniti penuh motivasi bagi hidup, Kali ini penulis akan membahas
tentang kata kata mutiara yangbermotivasi bagi hidup,dan penulis membuat artikel sederhana
ini bukan untuk sekadar bacaan saja,
melainkan penulis membuat artikel ini untuk sebuah pelajaran khususnya untuk sebagai
penulis umumnya untuk para pembaca semuanya. Pengumpulan ayat-ayat motivasi ini
adalah bertujuan untuk membolehkan semua pembaca mendapatkan manfaat dari sudut
pembaharuan rohani. Semangat yang ada bukan sahaja didoronggi oleh alam
sekeliling tetapi juga hadir melalui semangat dalaman yang disebut sebagai
motivasi. Pandangan penulis motivasi ini umumnya dimaksudkan sebagai suatu
tindakan yang betul berdasarkan atas dasar kemahuan dan kesungguhan seseorang
yang ingin mencapai sesuatu matlamat dalam hidup. Motivasi ini boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu moitivasi dalaman dan motivasi luaran.
Motivasi
dalaman merupakan suatu semangat spiritual yang cuba dibangkitkan oleh
seseorang berdasarkan keinginan yang amat kuat terhadap sesuatu. Oleh sebab itu
motivasi dalaman ini akan wujud sekiranya ada matlamat yang cukup jelas dengan
apa yang diinginkan. Matlamat yang cukup jelas inilah akan menyusun satu
persatu tentang tentang tindakan yang bakal dilakukan oleh seseorang. Motivasi
peringkat dalaman ini juga memerlukan panduan yang jelas dan teratur serta
berterusan dalam sepanjang kehidupan, namun ada yang gagal mempertahankan
semangat dalaman ini apabila terdapat unsur gangguan luar yang sementara. Unsur
gangguan ini boleh melibatkan kegembiraan yang sementara seperti menyewa
kenderaan mewah untuk bersiar-siar. Keutuhan dan kesungguhan untuk mengekalkan
semangat dalaman sebagai pegagan motivasi dalaman adalah penting bagi melicinkankan
perjalanan matlamat. Oleh itu carilah semangat anda supaya ia tidak
diibaratkantengelam timbul sahaja.
Motivasi
Luaran pula boleh dikaitkan dengan dorongan dari peringkat motivasi dalaman dan
dorongan alam sekeliling. Motivasi
Luaran ini boleh dihubungkan bagaimana seseorang itu yang telah menetapkan
matlamat dari peringkat dalaman dan kekal ke peringkat motivasi luaran.
Dorongan dan kekuatan kendiri adalah penting. semangat yang berkobar-kobar
dengan niat dan matlamat yang jelas adalah penting supaya perancangan yang
dibuat untuk keselesaan impian tercapai. Usaha mencari dan tindakan serta
tingkah laku adalah aspek yang perlu dijaga supaya sejajar dengan pegangan
sebagai panduan dalam hidup.
Motivasi
kedua-kedua ini memerlukan perinsip atau pegangan dalam kehidupan. Perinsip
adalah syarat untuk mengekalkan semangat dalam tindakan yang bakal dilakukan.
Pengunaan perinsip atau pegangan ini sangat membantu dalam meluaskan lagi
matlamat serta rangkuman tindakan yang bakal dilakukan kemudian hari.
Sekian
sahaja daripada penulis tentang motivasi infiniti ini. semoga bermanfaat dalam
kehidupan seharian. Setiap tahun, bulan dan jam manusia memerlukan motivasi
yang dapat dimanfaati supaya hidup dalam keselesaan dapat di capai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan